Wednesday, May 20, 2009

Apa nak jadi dah ngan negeri teman ni....

Dilanjutkan...Allah Usianya Sultan..tu la dia antara bait-bait lagu negeri perak yang teman ingat walaupun dah lame jugak mencari rezeki di negeri orang ni..tapi sejak kebelakangan ni, macam2 perkara telah berlaku di sana dan teman yang duk di negeri orang ni pun terase tempiasnye...teman sebagai cikgu ni actually no komen le..tapi kalo sebagai rakyat perak, teman berharap bebeno perkara ni selesai dengan secepat mungkin..tak kirala macam mana pun, macam-macam cerdik pandai duk ada kat malaysia and kat perak tu...cubalah duduk berbincang ataupun beralah la mana-mana pihak untuk menjernihkan keadaan demi rakyat negeri teman tu...kadang-kadang tu kami golongan marhain ni sampai dah jadi muak ngan situasi sekarang ni..kami duk undi depa ni untuk memimpin kami, tapi yang duk jadi sekarang ni macam lawak pulak...malu bebeno orang tengok sampai bergaduh and berebut kerusi nak jadi ketua...bila dah jadi ketua, langsung lupa kat kami kat bawah ni...kawasan tak lawat...kemudahan terabai...bila dah jatuh...ataupun rakyat tak terima, macam-macam cara digunakan untuk kembali berkuasa...pada pandangan teman kat sini..teman rasa la punca segala-gala yang berlaku sekarang ni bermula dari 3 orang yang bertukar menjadi katak tu..kalo cite dongeng dulu-dulu, katak jadi orang.tapi yang ni dah terbalik.kalo teman la jadi 3 orang tu, teman malu nak mengaku sebagai rakyat perak..agak-agak la, kalo teman pi tanya pandangan depa ni skang, apa la agaknya diorang ni nak komen...ntah-ntah nak mengadap kamera pun malu....sebagai rakyat perak jati..teman nak bagitau kome betiga yang menjadi punca kepada kemelut sekarang ni....teman rasa cukupla setakat ni dulu teman tulis, kang jadi isu pulak...ok see uuu...

Tuesday, April 14, 2009

patriotik ke kita ni?



sebenonye tahun ni dah 52 tahun kta merdeka?betoi ke?rase teman betoi le 52....hmmmm tapi adakah angka tersebut betoi2 melambangkan kita betoi2 merdeka??adakah semangat patriotik kita ni sama level ngan tahap merdeka negara kta ni...so itu adalah penilaian masing2..apa yang teman nak share disini adalah sumbangan dan peranan kita rakyat malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara...Alhamdulillah negara kita ni mempunyai pasukan tentera yang rela berkorban demi agama negara dan bangsa..dulu teman pun bercita-cita nak menjadi tentera ni, tapi takde rezeki kat situ, nak buat camner kan....tapi atas semangat patriotik teman ni, teman pun join la askar wataniah..jadi askar hujung minggu hehehe...kepada remaja, belia dan insan2 diluar sana..ayuhlah menyahut seruan negara tercinta ini....

Wednesday, April 8, 2009

dah lame bebno doh teman tak menulis dalam ni....


sedar tak sedar dah lame bebeno dah teman tak menulis dlm ruangan ni..anak teman pun dah 7 bulan dah bulan ni..pilihanry kecik pun dah 5 tmpt dah..dari anuar ibrahim sampaila nizar menang...teman rase pun dah bekarat skit otak teman ni..baru2 ni gempar negara apabila isu ppsmi telah diheret ke jalanan..inilah kesannya apabila kudis dan kurap yg dibiarkan bernanah dah hampir menjadi kanser..jd sebelum ia menjadi lebih parah,semua pihak teutama kpm harus lakukan sesuatu,di kabinet dasar ditetapkan,masyarakat xsetuju,bantahan besar2an diadakan,jd yg tersepit di sini sape la kome rase?sape lg kalo bukan geng2 teman yg duk di sek ni dlm nak melaksanakan dasar...hm inilah dia antara cabaran dlm kerjaya ini...