Wednesday, May 20, 2009

Apa nak jadi dah ngan negeri teman ni....

Dilanjutkan...Allah Usianya Sultan..tu la dia antara bait-bait lagu negeri perak yang teman ingat walaupun dah lame jugak mencari rezeki di negeri orang ni..tapi sejak kebelakangan ni, macam2 perkara telah berlaku di sana dan teman yang duk di negeri orang ni pun terase tempiasnye...teman sebagai cikgu ni actually no komen le..tapi kalo sebagai rakyat perak, teman berharap bebeno perkara ni selesai dengan secepat mungkin..tak kirala macam mana pun, macam-macam cerdik pandai duk ada kat malaysia and kat perak tu...cubalah duduk berbincang ataupun beralah la mana-mana pihak untuk menjernihkan keadaan demi rakyat negeri teman tu...kadang-kadang tu kami golongan marhain ni sampai dah jadi muak ngan situasi sekarang ni..kami duk undi depa ni untuk memimpin kami, tapi yang duk jadi sekarang ni macam lawak pulak...malu bebeno orang tengok sampai bergaduh and berebut kerusi nak jadi ketua...bila dah jadi ketua, langsung lupa kat kami kat bawah ni...kawasan tak lawat...kemudahan terabai...bila dah jatuh...ataupun rakyat tak terima, macam-macam cara digunakan untuk kembali berkuasa...pada pandangan teman kat sini..teman rasa la punca segala-gala yang berlaku sekarang ni bermula dari 3 orang yang bertukar menjadi katak tu..kalo cite dongeng dulu-dulu, katak jadi orang.tapi yang ni dah terbalik.kalo teman la jadi 3 orang tu, teman malu nak mengaku sebagai rakyat perak..agak-agak la, kalo teman pi tanya pandangan depa ni skang, apa la agaknya diorang ni nak komen...ntah-ntah nak mengadap kamera pun malu....sebagai rakyat perak jati..teman nak bagitau kome betiga yang menjadi punca kepada kemelut sekarang ni....teman rasa cukupla setakat ni dulu teman tulis, kang jadi isu pulak...ok see uuu...