Thursday, September 18, 2008

masalah disiplin budak-budak sekolah...


teman ingat bebeno masa teman sekolah dulu...budak-budak sek time tu bole thn jugak la nakalnya....tp dlm bab nak hormat cikgu n parent ni still no satu lagi....sekaran ni byk bebeno laporan dalam surat kabo dan tv yang cerita pasal masalah budak-budak sek skang ni..tp yg skang ni lg teruk...black metal, rogol,pukul cikgu...kalau setakat isap gam tu dah biasa sgt...di mana salahnya kome rasa...dulu masa teman belum jadi cikgu, teman duk salahkan sekolah ataupun cikgu-cikgu x pandai mendidik..tp bila dah masuk dlm bidang ni baru la teman tau mcm mana jd cikgu ni....pd pendapat teman la, semua pihak terlibat dlm masalah ini...dari pihak yang membuat dasar sampailah yang melaksanakan dsar mcm kami cikgu2 ni....institusi kekeluargaan pun teman rasa cam ada something wrong hingga menyumbang kepada permasalahan ini...jd sama-samalah kita berusaha mencari jln penyelesaian agar insan-insan yang lahir selepas ini betul-betul modal insan kelas pertama....insyaALLAH....

Tuesday, September 16, 2008

best jugak sekali-sekala mengadap laptop ni.....

biasa la tugas sorang cikgu ni biasanya mengadap budak-budak dari pagi sampai la balik...tp dikesempatan budak2 sibuk nak exam ni, kelas pun tak berapa banyak nak handle, so sekali-sekala melayari internet la...dapat jugak baca tulisan-tulisan bekas-bekas cikgu/pensyarah aku dulu...mcm2 stail ada, ada yang berfalsafah, ada yang beretorik dan mcm2 lagi la....semoga melalui ruangan ini percambahan ilmu pengetahuan dapat dijana dengan baik sekali...bagi semua pendidik teruskan perjuangan dlm mendidik anak bangsa....

Sunday, September 14, 2008

Berjayakah program PPSMI???



Pada tahun 2003, atas sebab ingin menongkah arus, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah dasar dari pembelajaran dan pengajaran sains matematik dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.....pelbagai maklumbalas telah diberikan sama ada dari pihak guru, ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya dalam menilai pelaksanaan program ini...personally, sebagai seorang pendidik saya melihat program ini telah gagal dalam membentuk modal insan yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi mahupun untuk menguasai bahasa inggeris tersebut. Jurang diantara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar semakin ketara.....seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"..........

Thursday, September 11, 2008

Ilmu yang manfaat....

melalui ruang ini segala maklumat yang ilmiah dapat dicambah dan dikembangkan dalam usaha membudayakan ilmu dalam hidup ini.....