Monday, November 3, 2008

CUTI SEKOLAH....

Ramai org kata cikgu ni banyak cuti...kalo budak cuti, cikgu pun cuti...tapi adakah cikgu2 skang ni benar-benar bercuti bila tiba cuti sekolah ni....ungkapan-ungkapan cikgu banyak cuti ni teman lihat sebagai satu komen tentang profesion perguruan yang diorang anggap mudah...dulu teman pun rasa camtu...tapi bila teman sendiri dah jadi cikgu...baru la teman tau...cuti pun macam tak cuti.....

Monday, October 13, 2008

Pengalaman paling berharga.....


baru-baru ni (21 Sept 2008) isteri teman selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, 2.27 kg...Damia Qasrina diberi nama...Alhamdullilah...satu lagi amanah Allah yg perlu teman jaga dan pelihara...yang teman nak share adalah...masa isteri teman bersalin, teman berpeluang untuk masuk sekali ke dalam dewan bersalin tu...Subhanallah...baru la teman dapat tengok kuasa Allah SWT dari satu sudut yang lain...disamping itu, teman juga dapat menyaksikan pengorbanan seorang insan bergelar ibu dan juga isteri bersabung nyawa untuk melahirkan seorang zuriat...bila dapat tengok keadaan tu..buat teman terfikir sejenak ttg perasaan apabila muda-mudi sekarang ni yang melahirkan anak luar nikah kemudian dibuang di merata tempat...tong sampah...letak kat surau....kadang-kadang tu sampai kena gonggong ngan anjing....di mana letak perasaan kemanusiaan dalam hati deme ni...ini lah yang berlaku apabila mengikut telunjuk syaitan dan apabila telanjur dan perasaan malu mengatasi perasaan kasihan...nyawa yg tidak berdosa menjadi mangsa...ada pulak yg jenis bila dah tau mengandung tu...pi gugur kan pulak janin tu...sedih bila teman baca cerita-cerita dalam surat kabo mahupun mastika pasal cerita2 ni....Minta jauh la daripada perkara-perkara seumpama ini...Amin...

Thursday, September 18, 2008

masalah disiplin budak-budak sekolah...


teman ingat bebeno masa teman sekolah dulu...budak-budak sek time tu bole thn jugak la nakalnya....tp dlm bab nak hormat cikgu n parent ni still no satu lagi....sekaran ni byk bebeno laporan dalam surat kabo dan tv yang cerita pasal masalah budak-budak sek skang ni..tp yg skang ni lg teruk...black metal, rogol,pukul cikgu...kalau setakat isap gam tu dah biasa sgt...di mana salahnya kome rasa...dulu masa teman belum jadi cikgu, teman duk salahkan sekolah ataupun cikgu-cikgu x pandai mendidik..tp bila dah masuk dlm bidang ni baru la teman tau mcm mana jd cikgu ni....pd pendapat teman la, semua pihak terlibat dlm masalah ini...dari pihak yang membuat dasar sampailah yang melaksanakan dsar mcm kami cikgu2 ni....institusi kekeluargaan pun teman rasa cam ada something wrong hingga menyumbang kepada permasalahan ini...jd sama-samalah kita berusaha mencari jln penyelesaian agar insan-insan yang lahir selepas ini betul-betul modal insan kelas pertama....insyaALLAH....

Tuesday, September 16, 2008

best jugak sekali-sekala mengadap laptop ni.....

biasa la tugas sorang cikgu ni biasanya mengadap budak-budak dari pagi sampai la balik...tp dikesempatan budak2 sibuk nak exam ni, kelas pun tak berapa banyak nak handle, so sekali-sekala melayari internet la...dapat jugak baca tulisan-tulisan bekas-bekas cikgu/pensyarah aku dulu...mcm2 stail ada, ada yang berfalsafah, ada yang beretorik dan mcm2 lagi la....semoga melalui ruangan ini percambahan ilmu pengetahuan dapat dijana dengan baik sekali...bagi semua pendidik teruskan perjuangan dlm mendidik anak bangsa....

Sunday, September 14, 2008

Berjayakah program PPSMI???



Pada tahun 2003, atas sebab ingin menongkah arus, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah dasar dari pembelajaran dan pengajaran sains matematik dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.....pelbagai maklumbalas telah diberikan sama ada dari pihak guru, ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya dalam menilai pelaksanaan program ini...personally, sebagai seorang pendidik saya melihat program ini telah gagal dalam membentuk modal insan yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi mahupun untuk menguasai bahasa inggeris tersebut. Jurang diantara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar semakin ketara.....seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"..........

Thursday, September 11, 2008

Ilmu yang manfaat....

melalui ruang ini segala maklumat yang ilmiah dapat dicambah dan dikembangkan dalam usaha membudayakan ilmu dalam hidup ini.....