Sunday, September 14, 2008

Berjayakah program PPSMI???



Pada tahun 2003, atas sebab ingin menongkah arus, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah dasar dari pembelajaran dan pengajaran sains matematik dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.....pelbagai maklumbalas telah diberikan sama ada dari pihak guru, ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya dalam menilai pelaksanaan program ini...personally, sebagai seorang pendidik saya melihat program ini telah gagal dalam membentuk modal insan yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi mahupun untuk menguasai bahasa inggeris tersebut. Jurang diantara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar semakin ketara.....seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"..........

3 comments:

Anonymous said...

Ini bukan lagi soal berjaya atau tidak. Ini soal akibat buruk program itu kepada taraf bahasa bangsa negara. Kini pelbagai hal dilihat yang cuba ganggu gugat taraf bahasa Melayu. Sama ada di papan tanda, label produk, iklan dsb. Bahasa Melayu dihina begitu ketara kerana rakyat tidak lagi memandang dan mengendahkan lagi kepentingannya. Kerajaan pun sama.

Anonymous said...

Macam aku pulak sebagai seorang cikgu Sains yg mengajar Sains SPM di kawasan pedalaman Sabah, rata-rata budak kampung prefer jawab kot BM, tak ada pun yg berani nak jawab kot English.
Kalau nak buat laporan amali Sains pun depa tak boleh buat sebab mereka nie diwajibkan buat laporan dlm English...last-last nak hidup punya pasal, terpaksalah cikgu suruh depa salin kat papan hitam..kalau tak, tak siap sampai bila-bila..
Time jawab periksa pulak, lagi haru jadinya, budak-budak tak faham soalan..

azman said...

actually bukan setakat di pedalaman jek poblem ni..ingat pelajar di bandar tarak poblem ke ngan PPSMI, ada gak...dah la bermasalah nak memahami konsep asas sains dan math, nak paham bahasa pulak dah satu hal...thats why teman ada sedikit skeptikal ngan keputusan SPM atau PMR yang diumumkan bagi kedua-dua matapelajaran ni cemerlang...di sekolah sesetengah pelajar ni ada masalah, tp bila keluar keputusan siap dapat A lagi...mmg hebat...tp ada conpius sikit...